Burung Enggang (bahasa
Inggeris: Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala
dengan kask
pada bahagian atas mandibel.
Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros"
merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalam bahasa Yunani.
Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk
57 spesies. Sembilan spesies
daripadanya berasal endemik di bahagian selatan
Ciri-ciri
Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang,
diperbuat daripada selut,
najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang
muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang
betina.
Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang,
burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding
tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung.
Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding
yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.